Monday, March 22, 2010

kemudahan ilmu






SK HAJI KELALI
Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Kelali, Semera (Sekolah Kebangsaan Haji Kelali – nama terkini)telah wujud pada tahun 1943 iaitu dua tahun Jepun menjajah Tanah Melayu. Kewujudan sekolah ini berpunca daripada beberapa orang kakitangan kerajaan yang melarikan diri bersama ahli keluarga mereka kerana tidak sanggup melihat penderitaan akibat daripada penjajahan tentera Jepun.

Nama Haji Kelali diambil apabila sebuah bangunan baru didirikan pada tahun 1952. Nama tersebut diambil sempena dengan nama Ketua Kampung yang pertama di Semera iaitu Allahyarham Haji Kelali bagi mengenang jasa beliau terhadap kampung tersebut. Sehingga tahun 1959, sekolah ini dikendali dan diuruskan oleh pihak pemerintah pada masa itu dengan bantuan dari penduduk tempatan. Selang selepas itu, pentadbiran sekolah telah berpindah tangan dan diurus oleh Majlis Daerah Hilir Sadong. Dan pada tahun 1973, pengurusan pentadbiran sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan.SK Haji Kelali Semera dipimpin oleh Guru Besar yang sangat berkebolehan dan sangat komitmen terhadap bidang tugas dan tangungjawabnya sejak mula bertugas di sekolah sehingga kini. Pentadbiran sekolah turut dibantu oleh guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru akademik yang sentiasa bersatu padu dan bermuafakat dalam sebarang urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah bagi menjayakan misi, visi dan matlamat sekolah.
Suasana permaufakatan dikalangan anggota organisasi sekolah yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama yang baik telah dijadikan sebagai suatu budaya kerja yang dominan di sekolah bagi merealisasikan visi, misi dan piagam pelanggan di sekolah.

Corak kepimpinan melalui tauladan yang diamalkan oleh pihak pentadbir sekolah telah mewujudkan suasana kerja yang lebih fleksible, produktif, berkreadibiliti, dan mesra pelanggan. Pelajar dan ibubapa merupakan pelanggan utama pihak sekolah. Setiap permasalahan yang timbul berkaitan dengan isu pendidikan pelajar akan menjadi keutamaan pihak kepada sekolah. Pihak pentadbir sangat menggalakkan respon dan cadangan yang membina kepada pihak sekolah bagi meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah pada setiap masa.

SMK SADONG HILIR(SEMERA)
Smk semera(smk sadong hilir-nama terkini )telah wujud pada tahun 1952 lagi.sekolah ini adalah merupakan sekolah yang paling ramai pelajarnya yang datang dari pelbagai kaum dan asal usulnya.sekolah ini menawarkan ilmu kesusasteraan,sains stream,dan it stream.TAMBAHAN PULA SEKOLAH INI JUGA MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG WALAUPUN SEKOLAH INI BERKEDUDUKAN DI LUAR BANDAR.WALAUPUN ADA SESETENGAH PELAJAR YANG NAKAL TETAPI MEREKA MAHU JUGA BELAJAR.

No comments:

Post a Comment