Monday, March 22, 2010

SOSIO EKONOMI KAMPUNG SEMERA




Sosio ekonomi ini pula berkenaan kehidupan nelayan…jika disebut golongan ini, mesti ramai yang tidak tahu betapa sukarnye kehidupan mereka. Mereka keluar mencari rezeki ketika kita masih enak dan lena dibuai mimpi. Sasaran mereka adalah satu iaitu pulang dengan hasil tangkapan yang banyak. Tapi rezeki mereka tidak tidak boleh dijangka, ada kalanya pulang dengan hasil yang banyak dan ada ketikanya pulang hampa…Rezeki mereka juga bergantung kepada keadaan cuaca. Andai cuaca baik, mereka dapat turun ke laut dgn senang hati…sebaliknya pula bila cuaca hujan @ angin kuat, mereka tidak dapat turun ke laut ats sebab keselamatan…
Laut sudah sebati deengan kehidupan mereka…tanyalah pada mereka tentang laut, insyaALLAH mereka boleh bagi jawapannye.. “jika pada malam tersebut hujan, maka pada pagi keesokan harinya mereka tidak akan turun ke laut kerana ombak besar ditengah laut…” ni adalah petikan kata² daripada salah seorang nelayan yang sempat saya temui…jika tidak turun ke laut maka tiadalah rezeki mereka pada hari itu…bayangkan macam mana kehidupan mereka di musim tengkujuh…(musim tengkujuh = nelayan tidak turun ke laut pada musim ini kerana laut bergelora)…

No comments:

Post a Comment